WANITA ISLAM HIASAN DUNIA
Apakah
yang dimaksudkan dengan wanita Islam?Adakah kita sudah ketahui apakah ciri-ciri
seorang muslimah yang diketogorikan didalam Islam?Sudah ketahuikah kita bahawa
di dalam Al-quran telah diceritakan mengenai keistimewaan seorang wanita Islam iaitu didalam An-Nisa’
ada mengisahkan bukti-bukti kemuliaan seorang wanita Islam.Di dalam surah
tersebut telah menjelaskan bagaimana seorang wanita diperlakukan dengan,masalah
pemberian mahar dalam perkahwinan,dijaga hak perempuan yang yatim,suami harus
berbuat baik dan memberi kasih sayang kepada seorang perempuan dan juga
pembahagian harta pusaka yang telah disyariatkan didalam Islam.
Kejadian seorang wanita amat mulia disisi
Islam iaitu diawal kejadian Hawa dari tulung rusuk Nabi Adam untuk menjadi
peneman beliau sewaktu keberadaan Nabi Adam di dalam syurga.Wanita juga
dijadikan sebagai pembimbing,peneman untuk seorang yang bernama lelaki, menjaga
keperluan didalam sebuah keluarga,menjaga harta benda ketika ketiadaan suami di
rumah untuk mencari rezeki,memelihara anak-mereka dengan memberi kasih sayang
dan didikan yang secukupnya.
Sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang
wanita
* Berpakaian
yang menutup aurat
- Wanita yang
solehah hendaklah berpakaian yang memenuhi syariat islam seperti berpakaian
yang longgar, tidak tipis, dan tidak ketat sehingga tidak menampakkan bentuk
tubuh.
* Memiliki sifat
pemalu
- Sifat pemalu
hendaklah ada pada seorang wanita . Contohnya, ketika bergaul dengan
lelaki wanita tersebut hendaklah menjaga
maruah sebagai seorang wanita kerana malu itu adalah sebahagian daripada iman(الحياء من الإيمان).
v
Hormati ibu bapa
-
Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dan seseorang itu hendaklah menunjukkan
rasa hormat kepada ibu bapa dengan mentaati dan berbuat baik kepada mereka.
v
Memiliki sifat kasih sayang
- Setiap wanita
hendaklah memiliki sifat kasih sayang kerana ia boleh menggeratkan hubungan
seseorang dengan keluarga dan juga orang lain. Rasulullah s.a.w menyeru muslim
supaya menjadi manusia sempurna yang menjadi sumber cinta, kasih sayang dan
kebajikan.
v
Memiliki komitmen pada kehidupan dengan baik
- Seorang wanita
yang berkeperibadian yang baik hendaklah menyiapkan diri untuk komitmen seumur
hidup. Keperibadian baik yang sejati adalah sebuah kehidupan yang bahagia.
Allah s.w.t telah menetapkan seorang wanita
Islam untuk memilih mana-mana pintu syurga yang ingin disukai.Tapi bukankah
kebanyakkan perempuan itu di dalam neraka?Rasulullah pernah menyebut,ada kunci
syurga yang dikhususkan untuk seorang perempuan.Dengan kunci ini seorang
perempuan tidak akan masuk kedalam golongan perempuan dari neraka.Tetapi
bagaimana seseorang perempuan dapat masuk kedalam syurga dengan mudah?Didalam
hadis riwayat Ahmad,Rasulullah bersabda “Apabila seorang wanita solat lima
waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kemaluannya dan taat kepada suami”,maka
dikatakan kepadanya “Masuklah engkau dimana-mana pintu syurga yang engkau
sukai” .Adakah kita masih tidak bersyukur kerana dijadikan seorang wanita?