SOMBONG
Sombong adalah satu sikap yang mengagungkan
diri sendiri dan memandang rendah kepada orang lain. Sombong terbahagi kepada
banyak jenis dan salah satu daripadanya
kami bawakan dan menzahirkan dalam video ini.
Kisah sombong ini bermula seorang pelajar
yang bernama Suhaida. Dia seorang pelajar yang dikenali sebagai pelajar
cemerlang di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di Malaysia dan
merupakan tokoh pelajar di universiti tersebut. Dia juga sering dipuji oleh
pensyarahnya.
Suhaida
lebih suka bersendiri dan mengasingkan diri dari kawan-kawannya yang
lain kerana dia beranggapan bahawa jika berada dan berbual-bual dengan mereka
adalah satu perkara yang sia-sia dan hanya membuang masa. Keadaan ini bukan di luar
kelas sahaja, malah di dalam kelas juga dia akan mengambil tempat yang agak
berasingan dari kawan-kawannya yang lain.
Dia juga tidak mahu menjawab dan berkongsi
ilmu kepada kawan-kawannya yang lain apabila mereka bertanya kepadanya. Dia
menganggap dirinya tinggi, oleh sebab itu dia tidak mahu menerima bantuan
daripada kawannya untuk membantu menunjuk ajarnya dalam beberapa tajuk yang dia
kurang fahami. Kawannya bersedih hati atas penolakan tersebut.
Pada hari peperiksaan pertengahan semester,
suhaida tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan sepenuhnya.
Hal ini menyebabkan diri dipanggil oleh pensyarahnya kerana dia mendapat
keputusan yang teruk dalam peperiksaan kali ini.
Selepas pada itu, dia menyesal dan
menyedari bahawa kegagalannya itu berpunca dari kesombongan dirinya sendiri.
Dia memohon maaf kepada kawan-kawannya dan berjanji tidak akan mengulanginya
lagi.