Sunday, 14 May 2017

  





SOMBONG
   Sombong adalah satu sikap yang mengagungkan diri sendiri dan memandang rendah kepada orang lain. Sombong terbahagi kepada banyak jenis  dan salah satu daripadanya kami bawakan dan menzahirkan dalam video ini.
   Kisah sombong ini bermula seorang pelajar yang bernama Suhaida. Dia seorang pelajar yang dikenali sebagai pelajar cemerlang di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di Malaysia dan merupakan tokoh pelajar di universiti tersebut. Dia juga sering dipuji oleh pensyarahnya.
   Suhaida  lebih suka bersendiri dan mengasingkan diri dari kawan-kawannya yang lain kerana dia beranggapan bahawa jika berada dan berbual-bual dengan mereka adalah satu perkara yang sia-sia dan hanya membuang masa. Keadaan ini bukan di luar kelas sahaja, malah di dalam kelas juga dia akan mengambil tempat yang agak berasingan dari kawan-kawannya yang lain.
   Dia juga tidak mahu menjawab dan berkongsi ilmu kepada kawan-kawannya yang lain apabila mereka bertanya kepadanya. Dia menganggap dirinya tinggi, oleh sebab itu dia tidak mahu menerima bantuan daripada kawannya untuk membantu menunjuk ajarnya dalam beberapa tajuk yang dia kurang fahami. Kawannya bersedih hati atas penolakan tersebut.
   Pada hari peperiksaan pertengahan semester, suhaida tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan sepenuhnya. Hal ini menyebabkan diri dipanggil oleh pensyarahnya kerana dia mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan kali ini.
Selepas pada itu, dia menyesal dan menyedari bahawa kegagalannya itu berpunca dari kesombongan dirinya sendiri. Dia memohon maaf kepada kawan-kawannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.



No comments:

Post a Comment