Sunday, 14 May 2017

  





SOMBONG
   Sombong adalah satu sikap yang mengagungkan diri sendiri dan memandang rendah kepada orang lain. Sombong terbahagi kepada banyak jenis  dan salah satu daripadanya kami bawakan dan menzahirkan dalam video ini.
   Kisah sombong ini bermula seorang pelajar yang bernama Suhaida. Dia seorang pelajar yang dikenali sebagai pelajar cemerlang di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di Malaysia dan merupakan tokoh pelajar di universiti tersebut. Dia juga sering dipuji oleh pensyarahnya.
   Suhaida  lebih suka bersendiri dan mengasingkan diri dari kawan-kawannya yang lain kerana dia beranggapan bahawa jika berada dan berbual-bual dengan mereka adalah satu perkara yang sia-sia dan hanya membuang masa. Keadaan ini bukan di luar kelas sahaja, malah di dalam kelas juga dia akan mengambil tempat yang agak berasingan dari kawan-kawannya yang lain.
   Dia juga tidak mahu menjawab dan berkongsi ilmu kepada kawan-kawannya yang lain apabila mereka bertanya kepadanya. Dia menganggap dirinya tinggi, oleh sebab itu dia tidak mahu menerima bantuan daripada kawannya untuk membantu menunjuk ajarnya dalam beberapa tajuk yang dia kurang fahami. Kawannya bersedih hati atas penolakan tersebut.
   Pada hari peperiksaan pertengahan semester, suhaida tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan sepenuhnya. Hal ini menyebabkan diri dipanggil oleh pensyarahnya kerana dia mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan kali ini.
Selepas pada itu, dia menyesal dan menyedari bahawa kegagalannya itu berpunca dari kesombongan dirinya sendiri. Dia memohon maaf kepada kawan-kawannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.



Saturday, 29 April 2017

                      WANITA ISLAM HIASAN DUNIA

 Apakah yang dimaksudkan dengan wanita Islam?Adakah kita sudah ketahui apakah ciri-ciri seorang muslimah yang diketogorikan didalam Islam?Sudah ketahuikah kita bahawa di dalam Al-quran telah diceritakan mengenai keistimewaan  seorang wanita Islam iaitu didalam An-Nisa’ ada mengisahkan bukti-bukti kemuliaan seorang wanita Islam.Di dalam surah tersebut telah menjelaskan bagaimana seorang wanita diperlakukan dengan,masalah pemberian mahar dalam perkahwinan,dijaga hak perempuan yang yatim,suami harus berbuat baik dan memberi kasih sayang kepada seorang perempuan dan juga pembahagian harta pusaka yang telah disyariatkan didalam Islam.
    Kejadian seorang wanita amat mulia disisi Islam iaitu diawal kejadian Hawa dari tulung rusuk Nabi Adam untuk menjadi peneman beliau sewaktu keberadaan Nabi Adam di dalam syurga.Wanita juga dijadikan sebagai pembimbing,peneman untuk seorang yang bernama lelaki, menjaga keperluan didalam sebuah keluarga,menjaga harta benda ketika ketiadaan suami di rumah untuk mencari rezeki,memelihara anak-mereka dengan memberi kasih sayang dan didikan yang secukupnya.
            Sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang wanita
* Berpakaian yang menutup aurat
- Wanita yang solehah hendaklah berpakaian yang memenuhi syariat islam seperti berpakaian yang longgar, tidak tipis, dan tidak ketat sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh.
* Memiliki sifat pemalu
- Sifat pemalu hendaklah ada pada seorang wanita . Contohnya, ketika bergaul dengan lelaki  wanita tersebut hendaklah menjaga maruah sebagai  seorang wanita kerana malu itu adalah sebahagian daripada iman(الحياء من الإيمان).


v  Hormati ibu bapa
- Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dan seseorang itu hendaklah menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa dengan mentaati dan berbuat baik kepada mereka.

v  Memiliki sifat kasih sayang
- Setiap wanita hendaklah memiliki sifat kasih sayang kerana ia boleh menggeratkan hubungan seseorang dengan keluarga dan juga orang lain. Rasulullah s.a.w menyeru muslim supaya menjadi manusia sempurna yang menjadi sumber cinta, kasih sayang dan kebajikan.

v  Memiliki komitmen pada kehidupan dengan baik
- Seorang wanita yang berkeperibadian yang baik hendaklah menyiapkan diri untuk komitmen seumur hidup. Keperibadian baik yang sejati adalah sebuah kehidupan yang bahagia.


  Allah s.w.t telah menetapkan seorang wanita Islam untuk memilih mana-mana pintu syurga yang ingin disukai.Tapi bukankah kebanyakkan perempuan itu di dalam neraka?Rasulullah pernah menyebut,ada kunci syurga yang dikhususkan untuk seorang perempuan.Dengan kunci ini seorang perempuan tidak akan masuk kedalam golongan perempuan dari neraka.Tetapi bagaimana seseorang perempuan dapat masuk kedalam syurga dengan mudah?Didalam hadis riwayat Ahmad,Rasulullah bersabda “Apabila seorang wanita solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kemaluannya dan taat kepada suami”,maka dikatakan kepadanya “Masuklah engkau dimana-mana pintu syurga yang engkau sukai” .Adakah kita masih tidak bersyukur kerana dijadikan seorang wanita? 

Sunday, 26 March 2017

PERBAHASAN MENGENAI SOLAT





Assalamualaikum w.b.t. hari ini kita akan membincangkan sedikit pencerahan tentang solat. Solat seperti mana yang kita ketahui adalah Rukun Islam yang kedua yang merupakan tiang agama. Solat diwajibkan keatas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 waktu sehari.
Dalil wajib solat dalam Al-quran
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۖ وَإِنَّهُ لَلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) hadapkanlah mukamu kearah Masjidil Haram iaitu kaabah. Sesungguhnya perintah berkiblat kearah kaabah itu benar dari Allah dan ingatlah Allah tak sesekal lalai akan segala yang yang kamu lakukan”.(surah al-baqarah,149)

Syarat wajib solat
1           1)    Islam
2           2)    Baligh
3           3)    Berakal 
4           4)    Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat
1           1)    suci dan bersih daripada hadas besar dan kecil
-Seseorang itu haruslah berwuduk dan mandi hadas.Sabda rasulullah s.a.w.(Allah tidak menerima solat seseorang dari apabila ia berhadas sehingga ia berwuduk)
       2) Suci dan bersih pada pakaian serta tempat solat dari najis.
          -Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali          najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang mlekat pada kakinya dan sebagainya.
       3)Menutup aurat
          -bagi wanita ialah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka, manakala aurat lelaki ialah pusat hingga lutut.
       4) Menghadap kiblat
         -Ketika mendirikan solat, kita wajib menghadap kiblat iaitu kaabah.
       5) Yakin bahawa telah masuk waktu solat.

Perkara-perkara yang membatalkan solat
·        1) keluar hadas besar dan kecil
·        2) makan dan minum dengan sengaja
·        3) berniat keluar dari solat(murafaqoh)
·        4) berkata-kata dengan sengaja walaupun sedikit
·        5) melakukan pergerakan diluar rukun
·        6) terkena najis yang tak boleh dimaafkan pada badan mahupun pakaian
·        7) beralih arah kiblat dengan sengaja
·        8) buka aurat dengan sengaja
·        9) berubah niat dari satu solat ke solat yang lain
·      10) meninggalkan rukun solat
·      11) murtad

Rukun solat(13 perkara)
  1)  berdiri bagi yang mampu
  2)  niat
3      3)  takbiratul ihram
4      4)  membaca suruh al-fatihah
5      5)  rukuk dengan toma’ninah
6      6)  iktidal dengan toma’ninah
7      7)  sujud dengan toma’ninah
8      8)  duduk diantara dua sujud
9      9)  duduk tahhiyat akhir
1    10)  membaca bacaan tahhiyat akhir
1    11)  selawat keatas nabi
1    12)  mengucapkan salam yang pertama
      13) tertib

Persediaan sebelum solat
1        # berpakaian sopan dan menutup aurat
          # berwuduk
          # duduk diatas tempat solat yang bersih sambil berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan                  memuji Allah
          # berdiri dan membaca niat waktu solat
          # iqamat dan baca ayat kursi, surah al-ikhlas, surah annas, surah al-falaq
          # mengangkat takbiratul ihram dan memikirkan solat

Perkara-perkara yang dilakukan selepas solat
ü  #selepas memberi salam, kita digalakkan untuk duduk berzikir,bertahmid,berselawat dan memuji Allah
ü     membaca Al-quran,berdoa kepada Allah dengan khusyuk, sebaik mungkin serta mengharapkan    keampunan dan rahmat dariNya.
n      
            #Itu saja dari kami mengenai solt yang perlu kita ketahui .Semoga kita dapat menunaikan dengan khusyuk dan hati kita akan menjadi tenang selepas mendirikan solat.
h
            Sekian dari kami, assalamualaikum w.b.t.








Tuesday, 21 March 2017

TABARRUJ





TABARRUJ

السلام عليكم ورحمة الله وبركة
Apa itu Tabarruj?
Tabarruj adalah salah satu perbuatan yang diharamkan oleh Allah SubhaanaHu wa Ta’aalaa. Apakah sifat-sifat tabarruj? Apakah larangan tabarruj bagi wanita? Bagaimanakah bentuk-bentuk tabarruj?
Inlah persoalan demi persoalan yang acap kali terlintas di fikiran semua.
Wanita dilahirkan dengan sifat yang suka keindahan dan kecantikan. Kecenderungan wanita untuk  kelihatan cantik dan menarik mereka memahami dan menghargai had keperluan dan bertabarruj larangan dalam Islam. Selaras dengan era kemodenan, cabaran lebih besar kepada kemajuan wanita dengan dunia fesyen, kosmetik, produk kecantikan dan sebagainya yang sentiasa wanita tertarik akannya. Kegagalan untuk memahami konsep Islam yang sebenar dalam istilah tabarruj mempunyai pelbagai implikasi negatif yang menjurus ke arah masalah keruntuhan moral dalam masyarakat. Jika anda tidak memahami dan menghargainya, kita tidak dapat merealisasikan impian mewujudkan wanita yang solehah, sebagai kubu menghadapi cabaran dunia moden di akhir zaman.
Kata tabarruj Allah sebutkan dalam al-Quran di surat al-Ahzab,
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
”Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (QS. Al-Ahzab: 33)

 Sifat-sifat tabarruj ada beberapa pendapat;
1)      Seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki. Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid.
2)       Wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya dan genit.  Ini adalah pendapat Qatadah.
3)      Wanita yang memakai wangian.  Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih.
4)       Wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia memakainya, dan berjalan di tengah jalan.  Ini adalah pendapat al-Kalabiy.
5)       Wanita yang mengenakan tudung namun tidak menutup dengan sempurna sehingga terlihat anting-anting dan kalungnya.




LARANGAN BERTABARRUJ BAGI WANITA
Dalam Islam ada larangan bagi wanita untuk melakukan tabarruj (menampakkan perhiasannya). Hukum tabarruj berbeza dengan hukum menutup aurat dan hukum mengenakan kerudung dan jilbab. Walaupun seorang wanita telah menutup aurat dan berbusana syar’iy, namun tidak menutup kemungkinan ia melakukan tabarruj.
Adapun larangan tabarruj telah ditetapkan Allah SWT dalam surat al-Nur ayat 60. Allah SWT berfirman :
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian[1050] mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Bijaksana.”(An-Nuur:60)
Jika wanita tua saja dilarang untuk tabarruj, lebih-lebih lagi wanita yang belum tua dan masih mempunyai keinginan untuk menikah.

ADAB-ADAB YANG DIKHUSUSKAN KEPADA WANITA
1)      Memakai pakaian yang melambangkan sifat malu
Wanita perlu menjauhkan pakaian-pakaian yang menghilangkan sifat malu seperti pakaian yang mencolok mata, pakaian yang menampakkan dada, paha dan seumpamanya begitu juga pakaian nipis yang menampakkan tubuh asal wanita. Wanita juga perlu mengelak daripada memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Allah S.W.T berfirman :

" وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجهيلية الأولى وأقمن الصلوة وءاتين الزكوة وأطعن الله ورسله إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا "
Ertinya : “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu ,dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu ) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai “Ahlubait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji )”
                                                                                                 (Surah al-ahzab 33:33)
Dalam hadis daripada Abu Hurairah ,Nabi bersabda,

صنفان من أهل النار, لم أرهما .... ونساء كاسيات عاريات.
Ertinya : “ Dua golongan daripada ahli neraka yang aku tidak pernah lihat,(antaranya) wanita yang berpakaian tetapi seperti berbogel.”
                                                                                                       (Riwayat Muslim)

2)      Mengelak wangian yang berbau
Daripada Zainab bt Muawiyah,Nabi bersabda,
إذا شهدت إحداكن المسجد, فلا تمس طيبا .
Ertinya : “Apabila salah seorang daripada kamu (kaum wanita ) ingin pergi ke masjid maka jangan memakai wangi-wangian.”
                                                                                                        (Riwayat Muslim)
Maksud wangian yang terlarang ialah wangian yang menyebabkan orang lelaki bukan mahram menghidu bau wangian itu.Adapun wangian yang sekadar menghilangkan bau badan, insya-Allah tidak mengapa.

3)      Bercakap dengan serius
Seorang wanita yang Muslimah tidak bercakap dengan nada yang menggoda dan manja, yang menyebabkan hati seseorang lelaki yang mendengar tergoda.Dia mestilah bercakap dengan nada yang serius (bukannya garang) untuk tidak menimbulkan perasaan dalam hati seseorang lelaki.

ü  Ketiga-tiga sifat khusus ini perlu dimiliki oleh Muslimah pada era ini bagi membina gambaran yang khusus terhadap peribadi dan keindahan wanita pilihan.



BENTUK-BENTUK TABARRUJ:

1)                Berhias secara berlebih-lebihan

  Berhias atau bersolek berlebihan termasuk dalam tabarruj. Contohnya, memakai bedak tebal, eye  shadow, lipstik dengan warna yang terang  dan merangsang, dan lain sebagainya. Sebab, tindakan-tindakan seperti  ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif. Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.” - Syaikh Kamil Mohammad Mohammad ‘Uwaidlah, al-Jaami’ fii Fiqh al-Nisaa’, bab Tabarruj

Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;

وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ

“Janganlah mereka memukul-mukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]

Seorang wanita yang bertabarruj .Maksudnya wanita itu telah menunjukkan perhiasan dan kecantikannya kepada  lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu, perempuan diharamkan berhias secara berkebih-lebihan.

2)                Memakai pakaian ketat

Memakai pakaian ketat hukumnya haram dalam Islam bahkan termasuk dosa besar. Wanita yang memakainya  tidak akan mencium bau Surga.
Dalil yang menunjukan hendaknya wanita tidak memakai pakiaan ketat adalah hadits dari Usamah bin Zaid di mana pernah berkata:

عن أسامة بن زيد قال: 'كساني رسول الله - صلى الله عليه وسلمقبطية كثيفة كانت مما أهدى له دِحْيَةُ الكلبي فكسوتها امرأتي، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : مالك لا تلبس القبطية؟ فقلت: يا رسول الله! كسوتها امرأتي، فقال: مرها أن تجعل تحتها غلالة فإني أخاف أن تصف حجم عظامها' رواه أحمد وابن أبي شيبة  والبزار والطبراني، والضياء في المختارة

“Rasulullah S.A.W  pernah memakaikanku baju Quthbiyyah yang tebal. Baju tersebut lalu di hadiahkan oleh Dihyah Al Kalbi kepada beliau. Lalu aku memakaikan baju itu kepada isteriku. Suatu kala Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa salam menanyakanku: “kenapa baju Quthbiyyahnya tidak engkau pakai?” kujawab : “baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku wahai Rosulullah”, lantas beliau berkata “suruh ia memakai baju rangkap di dalamnya karena aku khawatir Quthbiyyah itu menggambarkan bentuk tulangnya” .( HR. Ahmad dengan sanad layyin, namun ada penguat dalam riwayat Abi Daud sehingga derajat hadist ini hasan juga imam Muslim berhujjah dengan hadist ini dan Bukhori memakai sebagai syawahid)
Ini adalah sejelas jelasnya dalil yang menunjukan haramnya mengenakan pakaian yang membentuk lekuk tubuh. Adapun pakaian Quthbiyyah adalah produksi dari mesir yang tipis. Jika tidak di kenakan baju rangkap di dalamnya maka akan nampak bentuk lekuk tubuhnya sehingga nampaklah aurat wanita.

3)                Wanita yang memakai pakaian yang menyerupai pakaian lelaki.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu beliau berkata: “Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan, dan perempuan yang memakai pakaian lelaki


 4)         Wanita yang memakai minyak wangi ketika keluar rumah
              Seorang wanita yang keluar rumah dengan memakai minyak wangi lalu berjalan                                                               berhampiran dengan lelaki dan lelaki tersebut mencium bau wanginya maka anita itu          adalah seorang penzina.
Oleh kerana itu, Imam al-haitami menegaskan bahawa seorang wanita keluar rumah dengan memakai minyak wangi ini termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya.
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: “Rasulullah S.A.W melarang perempuan keluar rumah dengan memakai wangian kerana boleh menarik perhatian lelaki kerana bau wangian,perhiasan dan kecantikannya itu  boleh meningkatkan nafsu kaum  .


Langkah-langkah mengelakkan tabarruj
                Agar tidak disebut wanita mutabarrijah (wanita yang bertabarruj), wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:
   a)       Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT, “Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur: 31).
  b)      Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di universiti, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.
  c)       Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:
a.       Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b.      Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.
c.       Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hampir semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.
d.      Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.
e.      Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.
     d.      Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.


Secara kesimpulannya, bahaya tabarruj amatlah banyak dan sayangnya masih ramai wanita yang tidak memahami bahaya ini dan tidak menyedari tentang batas-batas berhias dalam islam.Sedangkan kecantikan wanita itu hanya untuk suaminya sahaja.