Tuesday, 21 March 2017

TABARRUJ





TABARRUJ

السلام عليكم ورحمة الله وبركة
Apa itu Tabarruj?
Tabarruj adalah salah satu perbuatan yang diharamkan oleh Allah SubhaanaHu wa Ta’aalaa. Apakah sifat-sifat tabarruj? Apakah larangan tabarruj bagi wanita? Bagaimanakah bentuk-bentuk tabarruj?
Inlah persoalan demi persoalan yang acap kali terlintas di fikiran semua.
Wanita dilahirkan dengan sifat yang suka keindahan dan kecantikan. Kecenderungan wanita untuk  kelihatan cantik dan menarik mereka memahami dan menghargai had keperluan dan bertabarruj larangan dalam Islam. Selaras dengan era kemodenan, cabaran lebih besar kepada kemajuan wanita dengan dunia fesyen, kosmetik, produk kecantikan dan sebagainya yang sentiasa wanita tertarik akannya. Kegagalan untuk memahami konsep Islam yang sebenar dalam istilah tabarruj mempunyai pelbagai implikasi negatif yang menjurus ke arah masalah keruntuhan moral dalam masyarakat. Jika anda tidak memahami dan menghargainya, kita tidak dapat merealisasikan impian mewujudkan wanita yang solehah, sebagai kubu menghadapi cabaran dunia moden di akhir zaman.
Kata tabarruj Allah sebutkan dalam al-Quran di surat al-Ahzab,
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
”Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (QS. Al-Ahzab: 33)

 Sifat-sifat tabarruj ada beberapa pendapat;
1)      Seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki. Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid.
2)       Wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya dan genit.  Ini adalah pendapat Qatadah.
3)      Wanita yang memakai wangian.  Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih.
4)       Wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia memakainya, dan berjalan di tengah jalan.  Ini adalah pendapat al-Kalabiy.
5)       Wanita yang mengenakan tudung namun tidak menutup dengan sempurna sehingga terlihat anting-anting dan kalungnya.




LARANGAN BERTABARRUJ BAGI WANITA
Dalam Islam ada larangan bagi wanita untuk melakukan tabarruj (menampakkan perhiasannya). Hukum tabarruj berbeza dengan hukum menutup aurat dan hukum mengenakan kerudung dan jilbab. Walaupun seorang wanita telah menutup aurat dan berbusana syar’iy, namun tidak menutup kemungkinan ia melakukan tabarruj.
Adapun larangan tabarruj telah ditetapkan Allah SWT dalam surat al-Nur ayat 60. Allah SWT berfirman :
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian[1050] mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Bijaksana.”(An-Nuur:60)
Jika wanita tua saja dilarang untuk tabarruj, lebih-lebih lagi wanita yang belum tua dan masih mempunyai keinginan untuk menikah.

ADAB-ADAB YANG DIKHUSUSKAN KEPADA WANITA
1)      Memakai pakaian yang melambangkan sifat malu
Wanita perlu menjauhkan pakaian-pakaian yang menghilangkan sifat malu seperti pakaian yang mencolok mata, pakaian yang menampakkan dada, paha dan seumpamanya begitu juga pakaian nipis yang menampakkan tubuh asal wanita. Wanita juga perlu mengelak daripada memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Allah S.W.T berfirman :

" وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجهيلية الأولى وأقمن الصلوة وءاتين الزكوة وأطعن الله ورسله إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا "
Ertinya : “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu ,dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu ) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai “Ahlubait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji )”
                                                                                                 (Surah al-ahzab 33:33)
Dalam hadis daripada Abu Hurairah ,Nabi bersabda,

صنفان من أهل النار, لم أرهما .... ونساء كاسيات عاريات.
Ertinya : “ Dua golongan daripada ahli neraka yang aku tidak pernah lihat,(antaranya) wanita yang berpakaian tetapi seperti berbogel.”
                                                                                                       (Riwayat Muslim)

2)      Mengelak wangian yang berbau
Daripada Zainab bt Muawiyah,Nabi bersabda,
إذا شهدت إحداكن المسجد, فلا تمس طيبا .
Ertinya : “Apabila salah seorang daripada kamu (kaum wanita ) ingin pergi ke masjid maka jangan memakai wangi-wangian.”
                                                                                                        (Riwayat Muslim)
Maksud wangian yang terlarang ialah wangian yang menyebabkan orang lelaki bukan mahram menghidu bau wangian itu.Adapun wangian yang sekadar menghilangkan bau badan, insya-Allah tidak mengapa.

3)      Bercakap dengan serius
Seorang wanita yang Muslimah tidak bercakap dengan nada yang menggoda dan manja, yang menyebabkan hati seseorang lelaki yang mendengar tergoda.Dia mestilah bercakap dengan nada yang serius (bukannya garang) untuk tidak menimbulkan perasaan dalam hati seseorang lelaki.

ü  Ketiga-tiga sifat khusus ini perlu dimiliki oleh Muslimah pada era ini bagi membina gambaran yang khusus terhadap peribadi dan keindahan wanita pilihan.



BENTUK-BENTUK TABARRUJ:

1)                Berhias secara berlebih-lebihan

  Berhias atau bersolek berlebihan termasuk dalam tabarruj. Contohnya, memakai bedak tebal, eye  shadow, lipstik dengan warna yang terang  dan merangsang, dan lain sebagainya. Sebab, tindakan-tindakan seperti  ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif. Imam Bukhari menyatakan, bahawa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.” - Syaikh Kamil Mohammad Mohammad ‘Uwaidlah, al-Jaami’ fii Fiqh al-Nisaa’, bab Tabarruj

Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;

وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ

“Janganlah mereka memukul-mukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]

Seorang wanita yang bertabarruj .Maksudnya wanita itu telah menunjukkan perhiasan dan kecantikannya kepada  lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu, perempuan diharamkan berhias secara berkebih-lebihan.

2)                Memakai pakaian ketat

Memakai pakaian ketat hukumnya haram dalam Islam bahkan termasuk dosa besar. Wanita yang memakainya  tidak akan mencium bau Surga.
Dalil yang menunjukan hendaknya wanita tidak memakai pakiaan ketat adalah hadits dari Usamah bin Zaid di mana pernah berkata:

عن أسامة بن زيد قال: 'كساني رسول الله - صلى الله عليه وسلمقبطية كثيفة كانت مما أهدى له دِحْيَةُ الكلبي فكسوتها امرأتي، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : مالك لا تلبس القبطية؟ فقلت: يا رسول الله! كسوتها امرأتي، فقال: مرها أن تجعل تحتها غلالة فإني أخاف أن تصف حجم عظامها' رواه أحمد وابن أبي شيبة  والبزار والطبراني، والضياء في المختارة

“Rasulullah S.A.W  pernah memakaikanku baju Quthbiyyah yang tebal. Baju tersebut lalu di hadiahkan oleh Dihyah Al Kalbi kepada beliau. Lalu aku memakaikan baju itu kepada isteriku. Suatu kala Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa salam menanyakanku: “kenapa baju Quthbiyyahnya tidak engkau pakai?” kujawab : “baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku wahai Rosulullah”, lantas beliau berkata “suruh ia memakai baju rangkap di dalamnya karena aku khawatir Quthbiyyah itu menggambarkan bentuk tulangnya” .( HR. Ahmad dengan sanad layyin, namun ada penguat dalam riwayat Abi Daud sehingga derajat hadist ini hasan juga imam Muslim berhujjah dengan hadist ini dan Bukhori memakai sebagai syawahid)
Ini adalah sejelas jelasnya dalil yang menunjukan haramnya mengenakan pakaian yang membentuk lekuk tubuh. Adapun pakaian Quthbiyyah adalah produksi dari mesir yang tipis. Jika tidak di kenakan baju rangkap di dalamnya maka akan nampak bentuk lekuk tubuhnya sehingga nampaklah aurat wanita.

3)                Wanita yang memakai pakaian yang menyerupai pakaian lelaki.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu beliau berkata: “Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan, dan perempuan yang memakai pakaian lelaki


 4)         Wanita yang memakai minyak wangi ketika keluar rumah
              Seorang wanita yang keluar rumah dengan memakai minyak wangi lalu berjalan                                                               berhampiran dengan lelaki dan lelaki tersebut mencium bau wanginya maka anita itu          adalah seorang penzina.
Oleh kerana itu, Imam al-haitami menegaskan bahawa seorang wanita keluar rumah dengan memakai minyak wangi ini termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya.
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: “Rasulullah S.A.W melarang perempuan keluar rumah dengan memakai wangian kerana boleh menarik perhatian lelaki kerana bau wangian,perhiasan dan kecantikannya itu  boleh meningkatkan nafsu kaum  .


Langkah-langkah mengelakkan tabarruj
                Agar tidak disebut wanita mutabarrijah (wanita yang bertabarruj), wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:
   a)       Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT, “Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur: 31).
  b)      Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di universiti, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.
  c)       Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:
a.       Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b.      Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.
c.       Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hampir semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.
d.      Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.
e.      Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.
     d.      Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.


Secara kesimpulannya, bahaya tabarruj amatlah banyak dan sayangnya masih ramai wanita yang tidak memahami bahaya ini dan tidak menyedari tentang batas-batas berhias dalam islam.Sedangkan kecantikan wanita itu hanya untuk suaminya sahaja.

No comments:

Post a Comment