ALHAMDULILLAH ,Blog "CIK TARBIAH HATI" ini dibuat adalah dakwah islamiah yang bertujuan untuk memberi nasihat dan peringatan kepada sahabat-sahabat.Selain itu,blog ini juga sebagai salah satu kerja kursus yang wajib kami lakukan,Oleh itu,di sini saya Nurul Suhaida binti Mohd Yusof bersama tiga orang sahabat saya iaitu Siti Nur Hidayah bt Zahari,Nur Mawaddah bt Nasree dan Nurul Nadhirah bt Aminddin akan bersama-sama menghidupkan blog ini dengan bahan-bahan ilmiah walaupun hanya satu ayat,Insya-Allah...
Hadits Bukhari
حَدَّثَنِي مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
Perumpamaan orang yg bergaul dgn orang shalih & orang yg bergaul dgn orang buruk seperti penjual minyak wangi & tukang tempa besi, Pasti kau dapatkan dari pedagang minyak wangi apakah kamu membeli minyak wanginya atau sekedar mendapatkan bau wewangiannya, sedangkan dari tukang tempa besi akan membakar badanmu atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yg tak sedap. [HR. Bukhari No.1959].
Melalui pendekatan hadis tersebut, kita hendaklah bersahabat dengan orang yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Oleh itu, marilah wahai sahabat bersama-sama kita menghayati isi-isi blog ini dan saling tegur-menegur antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment